Selamat Melayari Laman PKG Gombak. PKG Gombak merupakan salah sebuah PKG dalam daerah Gombak.Para pegawai di PKG Gombak terdiri daripada En. Hamzah B Abd Hamid ( Ketua PKG ), Pn. Nurul Huda ( Pegawai Teknologi Pedidikan ) dan Pn Siti Aishah ( Pembantu Tadbir )
KEKOSONGAN JAWATAN DI PKG HULU KLANG
Kepada guru-guru yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN di PKG HULU KLANG boleh menghubungi/datang sendiri ke PKG HULU KLANG.
Borang e-nilam boleh didapati di ruang MUAT TURUN > Borang. E-Nilam ini hasil rekaan En. Subhan dari PKG Pasri Panjang. GPM diminta cuba dan gunakan andai ianya dapat memudahkan kerja mengumpul data NILAM.
Shah Alam,23.Jun-Perhimpunan Bulanan BTPN (Jun 2008) pada hari ini dihoskan oleh PKG Daerah Gombak.Terima kasih kepada Tuan KPP diatas kepercayaan yang diberikan.
Pihak Penganjur memilih tema pada kali yang bertajuk KESIHATAN,KEBAHAGIAAN,dan KECEMERLANGAN.Tema ini amat bersesuaian sekali,kerana sebelum kita menyayangi orang lain,kita dituntut menyanyangi diri kita terlebih dahulu,
Jawatankuasa Pelaksana diketuai oleh Encik Mohd Azam Bin Mohd Nasir selaku Ketua PKg Daerah Gombak.Ia turut dibantu oleh Semua PTP Daerah dan Staf PKG Daerah Gombak.
Serentak dengan itu juga majlis pelancaran rasmi laman web pkg daerah gombak telah di sempurnakan oleh Tuan KPP.Tn Hj Ahmad Dahlan Bin Kardi.
post by :sakri
admin pada June 26 2008 20:52:39 0 Komen · 95 Baca
·
PEKELILING BIL 6 TAHUN 2008
Dapatkan Pekeliling Bilangan 6 Tahun 2008 berkaitan tentang tawaran opsyen perlanjutan persaraan ke 58 tahun di ruang Pekeliling dalam Muat Turun
admin pada June 16 2008 22:35:26 0 Komen · 116 Baca
·
Iklan Kekosongan Jawatan Di BTPN dan Rangkaian
Iklan Kekosongan Tempat Pegawai Teknologi Pendidikan (PPPLD) Gred DGA29 dan DGA32 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor dan Rangkaian.
Dimaklumkan bahawa BTPN Selangor mempelawa secara dalaman mana-mana Pegawai Teknologi Pendidikan Gred DGA29 dan DGA32 di Pusat Kegiatan Guru dan BTPN Selangor untuk mengisi kekosongan tempat di:
(i) Pusat Kegiatan Guru Semenyih - DGA29
(ii) Pusat Kegiatan Guru Klang Bandar - DGA32
(iii) Pusat Kegiatan Guru Kuang - DGA32
(iv) Unit Media Pendidikan, BTPN Selangor - DGA32
Kepada sesiapa yang berminat boleh mengisi borang permohonan.